tiny zombie day 3

 Hi.

3 Mac 2022 aku positif covid.

harini dah masuk hari ketiga aku kuarantin dirumah.

benda yang boleh disimpulkan sepanjang tiga hari memang banyak air dihidangkan

air rebusan serai lemon

air suam lemon madu

air bunga cengkih

air teh cengkih

air kelapa

air garam

air garam ni aku rasa paling azab

air garam ni bukan buat minum tapi buat kumur estimate tiga kali sehari kumur guna air garam

sumpah tak sedap :(

kalau ada next post maksudnya aku bernafas lagi. doakan aku geng!

Perjalanan

Hi.
Alhamdulillah 02 Mac 2022.
Setelah hampir dua tahun, hilang arah kerja sana kerja sini. Akhirnya rezeki di Penang lagi.
Selepas habis kuarantin 5hari alhamdulillah selesai lapor diri di sekolah pertama 'posting'.
Fasa dewasa yang sukar tetapi sebenarnya dalam setiap kesukaran tersebut ada pelangi yang Allah izinkan untuk hadir. Alhamdulillah.
Kadang-kadang ada perkara yang ditundakan untuk diindahkan lagi. 
Rezeki berada dekat dengan keluarga. Rezeki berkerja dengan rakan sebilik semasa universiti.
Rezeki yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah.
Semoga Allah permudahkan setiap urusan & doakan supaya aku dapat pikul setiap amanah serta tanggungjawab yang diberi dengan terbaik. Aamin 

Jumpa lagi. Bye🤍

Sebelum 30

Hi, semoga hari ini hari penuh barakah buat pembaca :)




Tahun baru sentiasa dimulakan dengan bismillah azam baru. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi. Walaupun hakikatnya, tahun baru kali ini kurang auranya. *know know 2022 olready*😅

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Berganjaknya tahun baru maka berganjaknya usia menuju menua. Fasa dewasa yang semakin terik auranya, benar bukan mudah satu persatu dipelajari dan belajar berdiri sendiri. Kini aku masih lagi dibawah payung orang tuaku. Namun, ini bukanlah selamanya. Adat dewasa sampai bila harus dipayung ditadah oleh orang tua.

Ada beberapa hal sudah mulai keluar poket sendiri dari wang kederat sendiri. Puas! Kepuasan apabila boleh menggunakan wang poket sendiri hasil susah payah sendiri. Semakin berganjak umur, ada beberapa hal mulai dirangka sikit-sikit. Semoga menjelang umur 30 aku mampu :-

1. Punya pekerjaan tetap.

2. Tabungan haji/ umrah

3. Tabungan kenderaan sendiri.

4. Tabungan aset.

5. Jodoh

empat tahun menuju 30, semoga Allah makbulkan 

Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Semoga Allah permudahkan. Aamiin 💓