hingga akhirnya :) noh nina

Penyanyi R&B dan rap Mizz Nina hari ini secara rasmi bergelar isteri dan menjadi sebahagian daripada hidup Noh, penyanyi utama kumpulan popular, Hujan.Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim dan Mohammed Noh Salleh atau Noh selamat bernikah pada hari Jumaat, 1 Julai 2011 di kediaman ibu-bapanya di Ukay Heights, Ampang, Selangor.Majlis akad nikah tersebut bermula pada kira-kira pukul 9:00 malam dalam suasana sederhana yang bertemakan elegan klasik berteraskan warna hitam dan putih.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.



Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin. Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.
Sejurus selepas majlis akad nikah, pasangan bahagia Mizz Nina dan Noh diraikan tetamu jemputan untuk upacara merenjis sebelum mereka meraikan tetamu yang hadir dalam satu majlis jamuan ringkas.Tampil sangat elegan dengan sentuhan klasik, Mizz Nina mengenakan baju kurung tradisional berona hitam dan putih rekaan Lady Jane. Penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu rancak, What You Waiting For yang turut menampilkan protégé Akon, Colby O’Donis itu bersama suaminya meluangkan masa bersama tetamu yang hadir.setiap mata yang memandang pasti tertawan melihat pasangan pengantin yang benar-benar kelihatan seperti pasangan bidadari di syurga inderaloka.

Nota cinta:semoga berkekalan hingga akhir hayat #nohnina#..~~

No comments: