something history i will story to my anak



21:55 20180510 happen because of goverment election 14



Sebuah pertanyaan yang jawapannya baru dapat harini, aku pernah terfikir kalau orang tu dah letak jawatan perdana menteri, dia masih boleh jadi perdana menteri tak? Jadi jawapannya boleh, kerana perdana menteri dipilih oleh suara rakyat. Kuasa rakyat. Suara rakyat.

Bagi aku yang belum mengundi bukan sebab umur tetapi nama tidak diproses, pendapat aku berbeza dengan generasi seabad aku. Ya mereka memilih, memilih untuk sebuah perubahan tetapi dikala ini yang aku nampak bukanlah bentuk perubahan dihari mendatang tetapi sebuah penjajahan. Penjajahan atas ketidak relevenan cara berfikir. Ya atas sebuah kehausan sebuah perubahan roboh roboh apa yang dibina oleh orang terdahulu. Tidak boleh disangkal korupsinya tampuk pemerintahan yang telah dirobohkan itu, atas keegoan, kebodohan musnah segala yang telah dibina. Masa akan membuktikan segalanya, disebalik itu terhakis segala hak bangsa. Ramai yang berpendapat pemikiran begini sempit. tetapi jika diselidik akan terjumpa sebuah rahsia disebalik rahsia.

Wahai masa depan, hari ini tercipta sebuah sejarah seorang kepimpinan yang meletak jawatan memegang semula tampuk pemerintahan. Seorang idola generasi 96', engkau juga idolaku wahai pemimpin. Tetapi dikala ini, aku lihat ada sesuatu disebalik sesuatu. Yang aku harap ada sesuatu yang baik untuk generasi masa depanku.

No comments: