Kerachut, Penang 2018
Dua tahun telah berlalu momen ini. Kini sudah dua tahun aku dibidang yang sama dengan idolaku-inspirasiku. Dua tahun ini aku mulai mengenal sesuatu yang berlainan dimataku. Belajar bukan hanya belajar. Belajar bukan hanya ertinya menghadiri kuliah dan menemui rakan-rakan ataupun mengasah pengalama dalam kelab. Tetapi belajar mengenai pengorbanan, keseimbangan menjadi manusiawi yang kenai duniawi dan ukhrowi. Entah kenapa semakin lama, kadang-kadang semakin gusar adakah aku cukup layak didalam haluan ini. sebuah perjalanan yang sangat panjang.
Tiga bulan ini aku sedang cuti semester, tiga bulan ini banyak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan dikampung. Ya,tidak dapat dinafikan banyak hal yang telah tertinggal. Paling penting, dalam tiga bulan ini, orang disekitarku membuka mataku bahawa generasi sekarang dan pendidikan bukan seperti yang dulu. Aku rasa atmosfera ini sangat berlainan nampak tenang sebenarnya berombak. Nampak konkrit sebenarnya sangat rapuh. Terlalu abstrak dan kabut.
seolah olah laut yang luas nampak tenang, walhal pantai yang merasai ombak yang menghakis.
No comments:
Post a Comment