Jumpa jumpa

Another day is another blessing.


Alhamdulillah hari ini masih bernafas.
Sudah lama tak menaip diruang maya lain betul perasaanya, terasa sangat kekok.🤪
Baiklah ingin diteruskan supaya penulisan ini jadi memori aksara yang boleh dibaca kemudian hari. 
Hari ini aku dapat bertemu rakan sekolah yang telah lama tak bertemu. Sekitar dua tahun lebih. Sebenarnya sudah lama mernacang nak berjumpa, bukannya jauh sangat cuma selisih masa dan ruang yang tidak selari. Jadi tidak sempat untuk berjumpa secara fizikal. Jika difikirkan kami masih saling 'keep in touch' dengan kehidupan masing-masing melalui ruang maya. 
Setelah hampir dua tahun lebih takberjumpa, pelbagai kisah jadi bualan. Dia masih berperwatakan yang sama tiada yang berubah. Aku fikir itulah kunci kepada persahabatan kami, tiada ruang kekok. Semuanya terasa sangat dekat. 
Hampir 4jam kami berjumpa, banyak yang dikongsikan. Aku rasa pertemuan kali ini ada perbezaan inti perbualan. Jika dulu mungkin mengenai kisah masing² mengenai belajar,kini masing² berkongsi pengalaman bekerja. Ada perkara yang ingin aku taipkan disini supaya jadi ingatan buatku. 
Banyak yang dia kongsikan terutamanya mengenai 'kewangan'. Dia kini mempunyai pekerjaan tetap berbanding aku yang masih terhuyung hayang seperti tiada arah tuju. Katanya..
"nanti dah ada gaji bulanan, bahagikan untuk ayah & emak, simpanan haji & umrah, simpanan qurban, aset , kecemasan'
'bagi sebahagian gaji untuk ayah & emak, sikit tak apa..'
'jangan boros, walaupun dia boros😂'

Pertemuan kali ini, inti perbualan terasa sangat di fasa dewasa. Sebenarnya umur dah masuk 25an memanglah fasa berfikir untuk masa depan kewangan yang stabil kan.? hmm

okie, till we meet again
04022022

No comments: