apa itu alzheimer

nak tahu tak apa itu alzheimer,sebelum niy aku besa lar dengar tp tak rasa nak ambik taw pun..tapi tadi sebelum class seni mula aku terbaca artikel dekat STAR tajuknya long goodbye.artikel niy tentang perasaan seorang anak yang emaknya menghidap alzheimer.pesakit tue baru ja meninggal tahun lepas..nk tahu apa itu alzheimer..
Alzheimer sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku keatas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Alzheimer tergolong dalam penyakit nyanyok(dementia) yang menyebabkan seseorang gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling untuk membantu.
Tanda-tanda Alzheimer:
  • Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.

  • Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.

  • Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.

  • Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.

Pesakit yang berisiko tingggi  mendapat Alzheimer:
Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah:-
  • Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis
  • Orang yang kurang melakukan senaman (kena rajin bersenam lar lepas nih)
  • Paras kolesterol dalam badan yang tinggi
  • Faktor keturunan 
so itu ja lar yang dapar aku kongsi..Sharing is Caring apa-apa maklumat inform aku sama erk..

p/s:Startwo pg T17

12 comments:

shah-kayrul said...

salam kenal...singgah kembali....


alamak ada lagi 10 tahun.....harap jgn la kena penyakit nie......hehehhehehe

si ngokngek said...

a'a harap2 tak larh..hehe

Ifti Larina said...

erk! macam ade sikit2 alzheimer je nie. kehkeh

**kalau boleh disable lah word verification tu. lg senang readers nak komen. cari dkt setting okay. bhgian comment :))

si ngokngek said...

okey ifti nanti aaya cari keh..thanks

Qaseh dalia adelia said...

bahaya penyakit gini huhu

sailormoon said...

i'm still normal lagi..
nasib baik..thanks god..
hehe..

ladyzamea said...

alamak..
sy selalu lupa kunci pintu
lupa sikat rambut
lupa sarapan pagi

huhu...bnyak yg dh lupa ni!!!

SyedGraphiX said...

muda lagi muda lagi. slamat XD

si ngokngek said...

Qaseh dalia adelia:memang pon tue lar kita kena buat medical chek-up...untuk tau tahap kesihatan kita

si ngokngek said...

sailormoon:yap thanks god..

si ngokngek said...

ladyzamea:hahaha..bahaya tue,tapi tue mcm perkara biasa ja

si ngokngek said...

syedgraphix:haha..perasan lar sorang2