Alzheimer sejenis penyakit "pelupa" yang kebiasaanya berlaku keatas orang yang sudah berusia. Ia adalah penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Alzheimer tergolong dalam penyakit nyanyok(dementia) yang menyebabkan seseorang gagal menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling untuk membantu.
Tanda-tanda Alzheimer:
- Apabila pesakit lupa mengunci rumah ketika mahu meninggalkan rumah, tidak mengingati pekara yang baru sahaja pesakit itu lakukan dikategorikan sebagai peringkat sederhana Alzheimer.
- Pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga, ia menandakan tahap ini adalah tahap pesakit di peringkat yang serius.
- Pesakit akan menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya.
- Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas sekali pun.
Pesakit yang berisiko tingggi mendapat Alzheimer:
Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah:-
- Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
- Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis
- Orang yang kurang melakukan senaman (kena rajin bersenam lar lepas nih)
- Paras kolesterol dalam badan yang tinggi
- Faktor keturunan
p/s:Startwo pg T17
12 comments:
salam kenal...singgah kembali....
alamak ada lagi 10 tahun.....harap jgn la kena penyakit nie......hehehhehehe
a'a harap2 tak larh..hehe
erk! macam ade sikit2 alzheimer je nie. kehkeh
**kalau boleh disable lah word verification tu. lg senang readers nak komen. cari dkt setting okay. bhgian comment :))
okey ifti nanti aaya cari keh..thanks
bahaya penyakit gini huhu
i'm still normal lagi..
nasib baik..thanks god..
hehe..
alamak..
sy selalu lupa kunci pintu
lupa sikat rambut
lupa sarapan pagi
huhu...bnyak yg dh lupa ni!!!
muda lagi muda lagi. slamat XD
Qaseh dalia adelia:memang pon tue lar kita kena buat medical chek-up...untuk tau tahap kesihatan kita
sailormoon:yap thanks god..
ladyzamea:hahaha..bahaya tue,tapi tue mcm perkara biasa ja
syedgraphix:haha..perasan lar sorang2
Post a Comment