Kisah kematian

Kisah kematian ada kisah yang tersirat. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.
Sebenarnya beberapa minggu lepas banyak sangat khabar berita kematian yang melibatkan orang-orang disekelilingku.

Tiada siapa pun tahu bagaimana nak lawan perasaan kesedihan sehingga lah kesedihan tu datang kepada dirinya. Ya kita tak pernah tahu sesuatu perkara atau keadaan yang akan berlaku pada hari mendatang. Mungkin kita boleh merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya. dan sesungguhnya perancangan Allah yang paling terbaik.

Pada aku kematian adalah dugaan kepada ahli keluarga untuk tabah menghadapi kesedihan dan menempuhi hari mendatang tanpa orang tersayang. Kisah kematian juga adalah teladan buat kita yang masih hidup untuk sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan pergi tanpa kita tahu hari dan masanya.

Hidupkanlah harimu dengan setiap yang diperintah Allah.Hidupkan lah setiap peluang yang ada bersama orang yang tersayang. Sementara roh masih berada dalam jasad yang dipinjam Allah.

Ada benda berlaku tanpa kita pinta dan berakhir tanpa kita duga
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui




1020am:150115

No comments: