First Experience

Heyyo olls,rise and shine good morning.Semoga Allah yang Maha Esa memudahkan harimu.
Setelah beberapa tak menaip disini,entah kenapa rasa macam rindu walaupun blog ni dah tiada pembaca.ermm but i'm still breathing the writer still here !!

Sebenarnya nak share life sekarang.Sekarang aku dah mula kerja. Bekerja sementara menunggu result tapi harini cuti sebab tu ada masa nak rindu menaip bagai,hikhik
Bukan senang nak dapat duit rupanya,letih betul hari pertama aku kerja balik rumah terus terdampar dekat depan Tv. Seriuslah letih fizikal dengan letih mental tu lain benor.Walaupun baru 3 hari kerja banyak juga aku belajar dekat situ dan walaupun gaji kecik tak kisah lah semua ni sesuatu yang sangat baru. Situasi dan kehidupan orang-orang sekeliling di kawasan tempat kerja pun lain. Sempat juga waktu sarapan cerita-cerita dengan ayah :

"Sedih tengok bangsa kita macam tu, sedih tengok pakcik-pakcik yang duduk ja macamtu"

dan ayah jawab "Sebab tu ayah suruh belajar" ermmm ayah mulakan lah motivasi dia.

Mungkin pakcik-pakcik situ tak boleh dah nak belajar sebab umur dah lanjut. tapi kita yang melihat ni kena terus belajar dan ambik teladan. Usaha seboleh mungkin dan kalau kita berjaya mana tau Allah bagi rezeki untuk kita ubah sedikit orang-orang macamtu. contohnya kasi sumbangan kewangan. who knows kan... only Allah knows. Kali pertama aku usulkan dekat mak dengan ayah cakap aku nak kerja. Ayah macam tak bagi better duk rumah katanya atau pergi belajar menjahit atau apa-apa kemahiran. tapi aku cakap "nak cari pengalaman, bolehlah"

Nahh sekali aku pergi kerja memang betul-betul benda baru aku belajar. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, Aku bukan setakat belajar untuk "talk with customer and smile" dan entertain cutomer yang datang tapi belajar mensyukuri setiap peluang yang kita ada. 

Syukur kerana kita masih muda dan ada peluang untuk ubah kehidupan. Syukur kalau kita punya keluarga yang kewangannya stabil. Mungkin juga dari pengalaman yang aku dapat, Allah nak tunjukkan kat aku jangan terleka dengan apa yang aku ada. Usaha dari setiap peluang dan mana tahu nanti ada kesempatan untuk bagi pertolongan kepada kehidupan orang lain.

Bukan semua benda yang orang lain ada kita boleh dapat.
bukan semua benda yang kita ada orang lain pun ada.
Setiap kekurangan dan kelebihan perlu sentiasa melengkapi


     0959am:15115

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

setuju

si ngokngek said...

terima kasih kerana setuju dengan pendapat saya.hikhik :D

Asiah Johari said...

Agreed!