Kotak percubaan pertama

Sudah lama tidak menaip,bukan sahaja menaip diruang blog tetapi juga menaip penulisan ilmiah tugasan kuliah sebagai seorang pelajar. Diselubungi perasaan kekok juga. Sekarang jam menghampiri 2.22 pagi, hitam gelap langit sejuk dingin disini. Aku terbaca satu tulisan diwordpress, tiba-tiba terasa ingin menaip pengalaman sebagai pelajar pendidikan yang diberi tempoh sebulan mencari pengalaman dilubuk gudang ilmu sebagai pelajar dan bakal pengajar. 

Entah bagaimana proses yang berlaku, dari aku tahun pertama sungguh tiada niat untuk kembali ke semula ke sekolah dahulu. Sungguh tak tipu! Alasan yang kukuh biar tersemat dalam hati. Banyak hal banyak orang perlu dihormati. Tetapi bak kata orang tuatua 'kalau jodoh tak kemana'. ia sebulan tempoh percubaan tersebut aku kembali semula ke sekolah dahulu, tempat menuntut ilmu dari tingkatan satu hingga akhir hayat bergelar budak sekolah. 

No comments: